Transformasi FELDA secara besar-besaran bermula apabila FGV disenaraikan di Bursa Saham sebagai IPO ketiga terbesar di dunia selepas Facebook. Bermulalah langkah FELDA ke laluan yang lebih pantas dan mencabar.
Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk meletakkan FELDA sebagai satu organisasi yang bukan hanya mampu membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka bahkan bagi merealisasikan pelan transformasi FELDA. Organisasi ini telah menggariskan sebuah Blueprint untuk menjadikan FELDA sebagai konglomerat yang akan disegani oleh pihak dunia. Seluruh dunia akan melihat kita sebagai satu organisasi yang pertama dapat membantu masyarakat miskin berubah menjadi masyarakat yang berpendapatan tinggi dan kualiti hidup yang tinggi. Perpindahan pejabat ke Menara FELDA juga adalah satu flagship transformasi yang akan dituruti perkenalan transformasi lain yang membawa agenda pembaharuan yang lebih baik.
FELDA telah pun mengorak langkah dengan lebih efektif menyediakan dan memulakan program Inovasi dan Transformasi pada tahun 2010. Tahun 2014 diteruskan lagi transformasi FELDA yang lebih besar. Dalam melaksanakan Pelan Transformasi ini, pelbagai program baru telah dan akan dilaksanakan melalui Projek Sentuhan Kasih, Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF), Pembangunan Komuniti, Projek Transforvasi (Transformasi + Inovasi) program broadband FELDA, pelbagai projek melalui FELDA Investment Corporation (FIC) dan lain-lain. Kejayaan semua projek ini akan dapat meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup dan pendapatan tinggi seluruh warga peneroka di tanah rancangan.
Kumpulan FELDA bakal muncul sebagai organisasi perniagaan multinasional berasaskan agribusiness yang bersepadu dan dinamik dengan aktiviti huluan dan hiliran yang mapan yang akan memanfaatkan bukan sahaja warga peneroka malah masyarakat Malaysia dan negara. Ini melibatkan penyusunan dan penstrukturan semula peranan, model perniagaan dan pegangan ekuiti dalam Kumpulan FELDA yang bakal memberi manfaat yang lebih kepada warga peneroka.
Dengan populasi warga FELDA yang makin meningkat, FELDA sebagai Economic Powerhouse (EPH) akan semakin relevan untuk menampung pertumbuhan ini. Menjana ekonomi melalui Economic Powerhouse ini adalah merupakan agenda yang diberi perhatian melalui pendekatan yang konkrit. Melalui objektif ini (EPH), Kumpulan FELDA berganding bahu, saling bantu-membantu, supaya prinsip meningkatkan pendapatan peneroka dan pembangunan modal insan generasi baru dapat diteruskan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup di peringkat rancangan mahupun nasional. Projek Gedung Makanan Negara FELDA menjurus kepada kemampuan FELDA sebagai pengeluar produk-produk makanan bagi memenuhi kehendak pasaran domestik dan juga luar negara. Ini akan membantu negara untuk mencapai matlamat food security dan menjimatkan kos import makanan.
Bagi mencapai objektif melahirkan ramai usahawan, program latihan bimbingan ke usahawan dipertingkatkan melalui pengukuhan perniagaan dan pengetahuan yang lebih mendalam. Ini sekaligus menyokong strategi dan teras FELDA iaitu mempertingkatkan pendapatan peneroka dan generasi baru FELDA meneruskan non-farm activity. Selaras dengan ini, bagi memastikan projek usahawan berkembang dan berdaya maju dan dapat melahirkan ramai usahawan di kalangan peneroka dan generasi baru, struktur dan strategi pemasaran dipertingkatkan melaluiEnterprises International Business Unit (EIBU) yang telah diwujudkan. EIBU akan membuka peluang para ushawan FELDA untuk mengeksport barang-barang keluaran FELDA ke luar negara.
Kita menyedari, betapa pentingnya aktiviti utama FELDA dalam pendapatan daripada hasil sawit dan tanaman getah. Penghasilan pendapatan FELDA dari kedua-dua tanaman ini perlu dipertingkatkan. FELDA hendaklah menjadi pengeluar hasil yang kompetitif dan kreatif dan pengguna berteknologi tinggi. Kolaborasi dengan agensi lain akan dilakukan dalam bidang R&D dan Teknologi Baharu untuk meningkatkan hasil. Amalan pertanian secara inovatif hendaklah dilaksanakan dan dapat mengurangkan kos pengeluaran yang semakin tinggi.
Matlamat utama melalui FELDA ialah untuk memastikan pengurusan ladang peneroka dilaksanakan dengan baik dan efisien supaya peneroka terus kekal bersama pengurusan FELDA. Justeru FELDA akan menawarkan model baru iaitu Skim Sewa Jangka Panjang untuk pengurusan ladang peneroka. Pengurusan ladang melalui Pelaksanaan Amalan Pertanian Terbaik (GAP), Amalan Pengurusan Terbaik (GMP) dan mengurangkan masalah berlaku ketirisan hasil adalah merupakan cabaran untuk memastikan peneroka dapat menerima model pengurusan di bawah “Skim Sewa Jangka Panjang” yang ditawarkan oleh FELDA.
Aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi diberi perhatian serius demi menjamin ke boleh saingan dan kelangsungan jangka hayat organisasi untuk terus kekal di perdana global. Pembangunan modal insan yang berkualiti akan dilakukan secara lebih tuntas. Pendekatan perlulah bersifat holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal intelektual di dalam bidang seperti sains, teknologi dan pengurusan, justeru membawa kepada perubahan kepada mindset lebih bersifat terbuka. Pada masa yang sama satu budaya kerja progresif mestilah dibangunkan, berserta dengan nilai etika dan moral pekerja yang tinggi.
Bagi meneruskan pencarian mendapatkan sumber lain, penubuhan Felda Investment Corporation (FIC) di bawah penstrukturan baru, dijangka mampu membawa faedah atau pendapatan yang stabil. Melalui FIC juga membolehkan kewujudan industri baru yang dapat menambahkan aktiviti ekonomi yang lebih pesat dan, di samping dapat menambah peluang-peluang pekerjaan kepada generasi baru FELDA.
Dalam usaha memberikan perkhidmatan melalui aspek kawalan kualiti, ianya dilaksanakan berpandukan kepada pengurusan berkualiti dan budaya kerja yang terbaik. Perubahan persekitaran yang berbeza serta kehendak pelanggan yang semakin meningkat memerlukan kita membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatannya. Ini dapat dilakukan melalui usaha-usaha inovasi dan kreativiti secara menyeluruh serta merentasi semua peringkat Jabatan, Unit dan Wilayah. Usaha seperti ini dapat merubah dan memperkenalkan cara kerja baru yang lebih cekap dan berkesan serta menghasilkan output, outcome dan impak yang lebih baik.
Petunjuk Prestasi Utama, juga dikenali sebagai Key Performance Indicators (KPI) adalah alat (tool) yang digunakan bagi membantu organisasiuntuk mentakrif dan mengukur pencapaian kemajuan ke arah matlamat organisasi yang ditetapkan. Hasrat dan Penentuan hala tuju untuk mencapai setiap KPI merupakan kenyataan bersifat kualitatif. Setiap Jabatan, Unit dan semua Wilayah dan Rancangan telah ditetapkan KPI masing-masing bagi mengukur prestasi yang dipantau setiap bulan dan tahun oleh pengurusan atasan.
Semua pihak termasuk warga peneroka dan generasi baharu harus bekerjasama menggembleng tenaga bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan FELDA bagi 50 tahun kedua berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
YBHG DATUK FAIZOULL BIN AHMAD