Pembelian saham Pontian oleh FGV sebanyak RM 1.2 biliion harus dilihat dari sudut positif yang menguntungkan Felda.
Polemik yang mengatakan pembelian ini akan menguntungkan DAP kerana pemilik Pontian adalah Dr Chan Man Hin, Pengasas dan Penasihat DAP tidak wujud jika dilhat dari sudut perniagaan dan survival bangsa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Mohd Emir Mavani Abdullah mempertahankan harga pembelian Pontian United Plantations Bhd, sambil menyatakan niaga janji itu memberi nilai kepada wang berdasarkan kepada prospek masa depannya dan ia sebuah syarikat bebas daripada hutang.
Beliau mengulas laporan penganalisis yang menyatakan harga RM1.2 bilion atau RM139.20 sesaham tidak wajar dan mahal berbanding harga pasaran semasa RM89 sesaham.
"Pontian memiliki satu kilang dengan kapasiti 90 tan metrik sejam sementara operasinya di Sabah dijangka menghasilkan 80,000 hingga 85,000 tan metrik minyak sawit mentah dan 17,000 tan metrik isi rung setahun.
"Syarikat turut membawa bersama RM250 juta wang tunai. Jadi, sekiranya kita mengira kesemua ini, kita akan lihat ini sebenarnya niaga janji yang terbaik," kata beliau.
Sementara itu, pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad berkata pengambilalihan Pontian akan terus meningkatkan pegangan tanah FGV sebanyak empat peratus, sekali gus mengekalkan kedudukan Felda Group sebagai pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia.
"Selain bertambahnya pegangan tanah, kami turut mendapat sinergi dan menjimatkan kos.
"Kami yakin keputusan perniagaan strategik ini akan memberikan kesan positifkepada pemegang saham FGV dan kesemua pemegang kepentingan termasuk peneroka Felda," tambah beliau.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Mohd Emir berkata FGV akan terus kekal dan berpegang kepada dasar dividennya iaitu nisbah pembayaran minimum 50 peratusdaripada untung bersihnya.
Untuk tahun kewangan 2012, FGV membayar dividen 14 sen sesaham.
Pembayaran dividen itu mewakili 64 peratus untung bersih, lebih tinggi berbanding 50 peratus pembayaran seperti dijanjikan dalam prospektus tawaran awam permulaan FGV 2012.
Sepatutnya kita harus berbangga kerana sebuah syarikat milik Melayu berjaya membeli syarikat milik Cina terutama bia ianya milik DAP.
Responses
1 Respones to "Pembelian saham Pontian oleh FGV sebanyak RM 1.2 biliion Tiada Kaitan DAP"
so, what? direct to d point? agak2 tahun berapa dividen KPF (yg bakal diumumkan dalam bulan 6 or 7 2014, insyaallah)??? agak2 bawah 10% or atas 10% dividen kpf? dah lama dah tak bawah 10%... 18%,... 16.5%.....10%???? opssss... fgv dalam bursa selalu rugi, so nak inject bagi up balik pakai duit mana???? kwsp???? oppsss... felda???
January 18, 2014 at 3:45 AM
Post a Comment