Penjelasan Pelantikan Tiga Pengurusan Kanan Bukan Melayu FGV



Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik ketua pengurusan yang baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2014, dalam usaha mengukuhkan dan menyepadukan syarikat untuk mengharungi tahun akan datang dan melepasinya.

Namun perlantikan tersebut telah dijadikan isu perkauman apabila FGV dikatakan melantik tiga orang pengurusan kanan bukan Melayu kedalam syarikat tersebut.

Untuk penjelasan, mereka yang dilatik itu adalah orang lama dalam Felda yang berpengalaman dalam pengurusan Felda dan profesional.

Soh Kim Yaw, Naib Presiden FGVPM, 51 telah berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1986 dan kini tempoh perkhidmatan beliau telah mencecah 27 tahun 6 bulan dan jawatan terakhir beliau sebelum dinaikkan pangkat ialah Penasihat FGVPMbertaraf Pengarah Eksekutif / Naib Presiden.

Denys Colin Munang, 45,  Naib Presiden dan CEO Kumpulan Pontian United Plantations Bhd pula telah 3 tahun berkhidmat dengan FGV bermula di Jabatan Strategi dan jawatan terakhir sebelum dinaikkan pangkat ialah Pemangku Naib Presiden FGVHSB di Jabatan Strategi. Beliau adalah Bumiputera Sabah beragama Islam.

Daniel Lee V'nn Ckh'ng, Pemangku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Maklumat FGV, 43, pula baru 9 bulan berkhidmat dengan FGV dan jawatan terakhir beliau ialah IT Director Latimas Sdn. Bhd.

Jelas perlantikan mereka ini adalah atas dasar kelayakan dan profesional bagi membantu menaiktaraf pengurusan Felda ke arah yang lebih baik dan ia tidak seharusnya dijadikan isu untuk kepentingan peribadi semata-mata.


Dalam satu kenyataan , FGV berkata antara pelantikan baharu itu ialah Fairuz Ismail, Naib Presiden Eksekutif bagi Pengurusan Transformasi; Abdul Halim Ahmad, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Plantation (M) Sdn Bhd (FGVPM) dan Ketua Kelompok Perladangan; dan Farisan Mokhtar, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan bagi Kelompok Hiliran.

Yang lain termasuk Datuk Abd Halim Hamid, Naib Presiden Kanan dan Ketua Meja Asia Tenggara dan & Oceania FGV; Zakaria Arshad, Naib Presiden Kanan dan Pemangku Ketua Kelompok Hiliran.

Presiden dan CEO Kumpulan FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata kumpulan itu melakukan proses pencarian secara serius dengan matlamat meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik petunjuk prestasi utama dalaman.

"Ketika melangkah ke tahun baharu dan melepasinya, kami yakin mencapai matlamat jangka panjang dan untuk itu, kami perlu meningkatkan kumpulan bakat yang ada.

"Oleh itu, menerusi barisan baharu dalam pasukan pengurusan yang dicergaskan ini, kami yakin fokus ke atas peningkatan operasi, memperkukuh prestasi tinggi dan mengoptimumkan portfolio, akan dapat dicapai," katanya.


Responses

0 Respones to "Penjelasan Pelantikan Tiga Pengurusan Kanan Bukan Melayu FGV"

Post a Comment

 

Recent Comments

Popular Posts

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors