Jabatan Inovasi dan Projek Khas





LATARBELAKANG JABATAN
Jabatan Inovasi & Projek Khas ini diwujudkan bagi menumpukan kepada pembangunan komuniti secara menyeluruh dengan mengadaptasi teknologi tinggi dan inovatif dalam melahirkan masyarakat FELDA yang mempunyai daya saing yang tinggi, jati diri dan daya tahan yang kukuh dan mampu meneruskan tradisi dan legasi FELDA seterusnya mengangkat martabat FELDA ke mata dunia.

VISI

Peneraju pembangunan komuniti dan organisasi yang berinovatif dan kreatif.

MISI
  • Menjadikan inovasi sebagai suatu budaya dalam organisasi & komuniti FELDA.
  • Meningkatkan produktiviti dan kualiti dengan penggunaan infrastruktur moden, inovatif dan berteknologi tinggi.
  • Meningkatkan potensi generasi baharu FELDA dengan menjalinkan kerjasama strategik.

OBJEKTIF
  • Menyediakan program-program pembangunan dan pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam pelbagai bidang dalam organisasi dan rancangan.
  • Menjalankan kerjasama dengan agensi luar dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada organisasi dan warga FELDA keseluruhannya.
  • Menjalankan projek inovasi & transformasi yang memberi manfaat kepada warga FELDA.
  • Meningkatkan produktiviti kerja dan kualiti penyampaian kepada golongan sasar.

CABARAN
  • Pembudayaan inovasi dan meningkatkan daya kreativiti di kalangan petugas dan masyarakat FELDA dalam segala usaha dan tindakan yang diambil.
  • Meningkatkan pencapaian dan pendapatan organisasi dan komuniti FELDA di peringkat negara dan antarabangsa dalam bidang perkhidmatan, pendidikan, kesihatan, sukan, ekonomi dan kerohanian.

MAKLUMAT ASAS
  • Jabatan ini terdiri daripada beberapa fungsi utama iaitu Inovasi, Projek Sentuhan Kasih, Kerjasama Strategik dan Projek Agropolitan.
  • Terdiri daripada 19 orang petugas termasuk Pengarah

***************************************************

SENTUHAN KASIH FELDA
sentuhan kasih
Pengenalan
Sempena Himpunan Generasi Baharu FELDA yang diadakan di Uitm Shah Alam pada 10 November 2012 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembangunan projek Sentuhan Kasih FELDA yang meliputi 3 komponen utama iaitu Pembangunan Rumah berkualiti tinggi, Projek Pertanian Bersepadu dan Pembangunan Infrastruktur Moden. Sentuhan Kasih FELDA dilihat mampu memperkasa generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar dengan menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk mereka. Projek Sentuhan Kasih FELDA ini disasarkan kepada golongan Generasi baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri. Oleh yang demikian, program ini akan dapat mengurangkan masalah perpindahan dalam kalangan Generasi muda FELDA ke bandar. Selain itu ia juga salah satu cara untuk mencapai hasrat menjadikan FELDA sebagai penjana ekonomi utama masyarakat luar bandar menjelang tahun 2020.

Konsep
Projek Sentuhan Kasih FELDA akan melibatkan pembinaan 100 unit rumah bagi satu kawasan. Setiap rumah mempunyai keluasan lantai 1000 kaki persegi dan dianggarkan berharga RM76,000. Untuk permulaan, sejumlah 300 unit rumah akan dibina di FELDA Tenggaroh 3, FELDA Chini Timur 2 dan FELDA Tenang Besut.

Berkonsepkan 'Mini FELDA', projek ini adalah mirip seperti kemasukan peneroka FELDA pada 50 tahun yang lalu namun pemohon yang layak akan dikenali sebagai 'Peserta' Sentuhan Kasih FELDA.
Untuk mengetahui lebih tentang Sentuhan Kasih FELDA, sila klik pada imej di bawah.

*********************************************
PROJEK AGROPOLITAN
agro1
Objektif
1.    Sebagai Agen Pelaksana Untuk Projek Pembasmian Kemiskinan Di Bawah Economic Transformation Program Bagi Pihak East Cost Economic Region Development Council (ECERDC).

2.    Membangunkan kawasan yang diperuntukan di Daerah Pekan, Pahang dan Daerah Besut, Terengganu dengan melaksanakan aktiviti utama dan aktiviti hiliran berasaskan pertanian;
a.    Tanaman Sawit
b.    Ternakan Bebiri

3.    Meningkatkan pendapatan isi rumah golongan miskin tegar dari RM360 sebulan kepada minima RM1200/ bulan / isirumah bagi peserta projek bangsa Melayu dan minima RM750 peserta Orang Asli.

Lokasi projek dan peserta
agro2
ProjekKomponen
Agropolitan Pekan - BATU 8Projek Ternakan Biri-Biri Baka Dorper  yang melibatkan peserta terpilih di kalanganpenduduk tempatan dengan sasaran seramai 100 orang.
Agropolitan Pekan - RUNCHANGProjek Ternakan Biri-Biri Baka Dorper  yang melibatkan peserta terpilih di kalanganorang asli dengan sasaran seramai 100 orang.
Agropolitan Pekan - TANJUNG BATUPembangunan kawasan paya gambut yang melibatkan peserta terpilih di kalangan penduduk tempatan dengan keluasan kawasan 1200 hektar / 215 peserta.
Besut SetiuProjek Ternakan Biri-Biri Baka Dorper  yang melibatkan peserta terpilih di kalanganpenduduk tempatan dengan sasaran seramai 100 orang.

ProjekLelakiPerempuanJumlah
Agropolitan Pekan - BATU 8553691
Agropolitan Pekan - RUNCHANG8220102
Agropolitan Pekan - TANJUNG BATU16235197
Besut Setiu (Kemasukan dijangka pada April 2013)
JUMLAH29991390

**********************************************
PROJEK INOVASI
Kerjasama Strategik 2012
1.    Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FELDA dan Universiti Putra Malaysia (UPM)
2.    Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FELDA dan Ayamas Integrated Poultry Industry (Ayamas IPI)
3.    Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara FELDA dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Kerjasama Strategik 2013
1.    Menjalankan Kerjasama antara FELDA dan Jabatan Penjara Malaysia.
2.    Menjalankan Kerjasama  antara FELDA dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
3.    Menjalankan Kerjasama antara FELDA dan Kementerian Pengajian Malaysia (KPM).

Pelan Inovasi dan Transformasi FELDA
1. Kuster Pelancongan
2. Kluster Pertanian
3. Kluster Keusahawanan
4. Kluster Pembangunan Komuniti


 

Recent Comments

Popular Posts

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors